Ingersoll Rand Brands: Club Car, Ingersoll Rand, Thermo King, Trane, American Standard, ARO

Temui pengertian bekerja di salah sebuah syarikat industri pelbagai paling inovatif di dunia, yang mana kemajuan bermula dengan anda.

Kami di Ingersoll Rand memperkasa pekerja kami untuk memberi inspirasi kepada kemajuan setiap hari, untuk pelanggan dan komuniti kami sementara menawarkan peluang yang tidak terhitung untuk membina kerjaya yang berjaya dan menguntungkan.

Kami telah mengumpul senarai soalan lazim dan jawapan yang berkaitan dengan permohonan pekerjaan di Ingersoll Rand; Lihat Soalan Lazim kami.

Ingersoll Rand merupakan satu persekitaran yang pelbagai dan terangkum. Kami merupakan majikan yang memberikan peluang saksama, berdedikasi untuk mengambil individu kurang upaya untuk bekerja dan di Amerika Syarikat, kami juga berdedikasi untuk mengambil veteran dilindungi yang layak untuk bekerja.

Sekiranya anda adalah seorang yang kurang upaya dan memerlukan bantuan dalam membuat permohonan,
mengemukakan permintaan

Ingersoll Rand merupakan satu persekitaran yang pelbagai dan terangkum. Kami ialah majikan yang menawarkan peluang sama rata yang berdedikasi untuk mengambil individu kurang upaya bekerja, dan di Amerika Syarikat, kami juga berdedikasi untuk mengambil veteran dilindungi yang berkelayakan sebagai pekerja. Semua pemohon yang berkelayakan akan diberi pertimbangan untuk diambil bekerja tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, jantina, identiti gender, negara asal, umur, status veteran yang dilindungi, status sebagai individu berkelayakan dengan kekurangan upaya, atau sebarang ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang.

Sekiranya kekurangan upaya menghalang anda daripada memohon pekerjaan melalui laman Carreers (Kerjaya) kami, e-mel untuk bantuan khas. Permintaan lain tidak akan dilayan.

.
Pergi ke seksyen kandungan utama.Selamat datang. Anda tidak merakam masuk. Rakam Masuk Permulaan seksyen kandungan utama. Format Boleh Cetak

Persetujuan Peribadi 

Pilih satu bahasa 

Terima kasih atas minat anda terhadap Ingersoll Rand. Kami berharap dapat mempelajari tentang pengalaman dan kelayakan anda dan meminta anda melengkapkan semua maklumat dengan jelas dan sepenuhnya.

Ingersoll Rand ialah satu persekitaran yang pelbagai dan terangkum. Kami adalah majikan yang memberikan peluang yang saksama, berdedikasi untuk mengupah tenaga kerja yang pelbagai; termasuk individu kurang upaya dan veteran yang layak dilindungi di Amerika Syarikat. Jika atas sebarang sebab anda memerlukan bantuan dalam melengkapkan permohonan ini atau pada mana-mana peringkat proses pengambilan pekerja, sila e-mel akomodasi khas.

Dengan melengkapkan dan menyerahkan data peribadi ke tapak ini, anda bersetuju bahawa data peribadi yang anda masukkan boleh digunakan oleh orang yang dibenarkan di Ingersoll Rand di seluruh dunia, dalam proses pengambilan dan pemilihan, mengikut Dasar Perekrutan dan Pemilihan dan Dasar Privasi.

Sebelum memohon, sila rujuk notis kami mengenai Pemprosesan Data Peribadi Pemohon-Pemohon dengan mengklik di sini


Dalam Notis Privasi ini, kami menjelaskan, mengikut kewajipan kami di bawah “General Data Protection Regulation” (Peraturan 2016/679 April 2016 – “GDPR”), bagaimana kami memproses data peribadi pemohon-pemohon di EU yang memohon pekerjaan di Ingersoll Rand.  Sila baca notis ini dengan berhati-hati.  Dengan memohon pekerjaan, anda telah mengesahkan bahawa anda telah menerima notis ini dan anda telah membaca kandungannya.


Dengan memasukkan data anda ke dalam dokumen dan mengemukakan permohonan anda, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami pernyataan privasi serta notis-notis dan dasar-dasar yang dirujuk. Tanpa pengakuan demikian, kami tidak dapat memproses permohonanan anda pada masa ini.